Proses permohonan Wali Hakim / Wali Raja 2021 (pengalaman)
Assalamualaikum. Biyyie hereee~ Sudah menjadi impian untuk setiap gadis mendirikan rumah tangga bersama pasangan impian mereka. Antara syarat sah dalam pernikahan untuk pengantin perempuan ialah wali. Kalau korang masuk dalam blog ni mesti sebab nak tahu tahu macam mana proses wali hakim ni kan. Actually biyyie ada buat permohonan wali hakim pada musim pkp/pkpb/pkpp ni. Disebabkan covid, kerana taknak bersesak dengan orang ramai dalam satu bangunan maka akan ada temujanji lah untuk hantar borang2 berkenaan lagi2 melibatkan urusan rasmi dengan kerajaan. Pertama sekali, pastikan pihak perempuan sudah menghantar borang kebenaran berkhawin bagi pihak lelaki dan perempuan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di kawasan yang berhampiran. Sebab untuk proses ke Mahkamah , korang perlu mendapat surat iringan dari PAID dulu. So tak bolehlah lah fikir nak ke Mahkamah baru ke PAID , memang tak boleh. Hantar borang kebenaran berkhawin ke PAID, nanti pada borang pihak perempuan, tak perlu tulis...