Proses permohonan Wali Hakim / Wali Raja 2021 (pengalaman)
Assalamualaikum.
Biyyie hereee~
Sudah menjadi impian untuk setiap gadis mendirikan rumah tangga bersama pasangan impian mereka. Antara syarat sah dalam pernikahan untuk pengantin perempuan ialah wali.
Kalau korang masuk dalam blog ni mesti sebab nak tahu tahu macam mana proses wali hakim ni kan.
Actually biyyie ada buat permohonan wali hakim pada musim pkp/pkpb/pkpp ni. Disebabkan covid, kerana taknak bersesak dengan orang ramai dalam satu bangunan maka akan ada temujanji lah untuk hantar borang2 berkenaan lagi2 melibatkan urusan rasmi dengan kerajaan.
Pertama sekali, pastikan pihak perempuan sudah menghantar borang kebenaran berkhawin bagi pihak lelaki dan perempuan ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di kawasan yang berhampiran. Sebab untuk proses ke Mahkamah , korang perlu mendapat surat iringan dari PAID dulu. So tak bolehlah lah fikir nak ke Mahkamah baru ke PAID , memang tak boleh.
Hantar borang kebenaran berkhawin ke PAID, nanti pada borang pihak perempuan, tak perlu tulis maklumat berkenaan wali. Datang ke PAID dan beritahu korang nak guna wali hakim. Nanti PAID akan tanya kenapa dan mengapa so korang beritahu la sebabnya. Ada beberapa sebab boleh guna wali hakim seperti contoh senarai dibawah ni.
1. Tidak ada wali nasab (wali meninggal / wali hilang @ ghaib/ mualaf)
2. Anak tidak sah taraf
3. Anak angkat
4. Wali yang ada tidak cukup syarat (Kurang Siuman)
5. Wali aqrab menunaikan haji atau umrah
6. Wali enggan
Kalau korang tergolong dalam salah satu senarai di atas so korang boleh mohon untuk mendapat kebenaran wali hakim.
Setelah pihak PAID berpuas hati pada penerangan korang tentang alasan menggunakan wali hakim dan dokumen yang korang sediakan sesuai dengan penerangan korang maka mereka akan memberikan surat iringan untuk ke Mahkamah Rendah Syariah (MRS) yang berhampiran. (urusan biyyie ni di SELANGOR)
Untuk ke MRS korang perlu untuk membuat temujanji dahulu, tak boleh terus serbu masuk ye. Untuk temujanji boleh ke laman web JAKESS dan klik gambar dibawah
dan masanya telah tiba~~~~~
Pada hari sidang tersebut datanglah lebih awal dari masa tersebut sebab manalah tahu giliran korang lebih awal akan dipanggil. Saksi dikehendaki menunggu diluar bilik sidang (ada bilik khusus untuk para saksi). Hanya pemohon sahaja dikehendaki masuk ke bilik sidang bersama permohon yang lain. Semasa masuk, korang akan nampak ada bakul kecil dihadapan dan meminta korang meletakkan ic dalam bakul tersebut, so korang letak ic dalam bakul tersebut kemudian duduk di keusi bersama pemohon yang lain.
Sambil korang menunggu tu, korang akan tengok banyak kes pemohon lain yang hakim bicarakan ketika itu. Dari kes faraid, tuntut nafkah, cerai dan sebagainya. (Masa ni biyyie tengok semua pembicaraan dan kebanyakkan kes pemohon menggunakan peguam, lupa biyyie nak beritahu bahawa kes biyyie ni tak memerlukan peguam pun sebab kebanyakkan kes wali hakim ni tak perlu peguam melainkan kalau betul2 rumit sangat. Biyyie guna wali hakim sbb biyyie anak angkat jadi biyyie bawak mak ayah angkat biyyie dan kumpulkan dokumen anak angkat semua dgn lengkap)
Berbalik kepada tajuk asal kita, ketika biyyie dipanggil. Hakim akan tanya sebab kenapa ada kat sini, alasan apa guna wali hakim, kenapa dan mengapa dia akan tanya. Padahal hakim tengah selak kertas kita kat depan tu, dia saje je tanya nak tengok kita jawap sama atau tidak macam dalam borang yang dia baca tu.
Kemudian, dia akan panggil saksi pertama dulu. Saksi diminta angkat sumpah untuk berlaku jujur sepanjang perbicaraan. Saksi akan ditanya soalan yang serupa macam hakim tanya biyyie tadi. Kemudian setelah itu saksi pertama keluar kemudian saksi kedua dipanggil dan disoal soalan yang sama. Hakim tanya begitu sebab nak tengok jawapan sama atau tidak. Kalau ada yang tak sama, kat situ akan muncul keraguan dan something la.
Setelah hakim meneliti dan berpuas hati dengan DOKUMEN dan PENERANGAN PEMOHON & PARA SAKSI , maka hakim akan mengeluarkan surat perintah bertulis. Kalau tak lulus, hakim akan beri tarikh untuk sidang kedua pula. biasanya kalau tak lulus ni sebab kurangnya bukti, dokumen tak lengkap atau kenyataan pemohon dan saksi meragukan atau bercanggah. Jadi kalau korang nak sekali je lulus sidang pastikan semua lengkap. (TIPS : kalau korang mohon wali hakim disebabkan wali hilang@ghaib makesure sebelum sidang tu korang buat iklan kat surat khabar untuk cari wali. At least dua minggu lebih la paper tu dah publish kat public. Kalau harini buat iklan, besok masuk sidang memang tak lepas lah, hakim akan minta tunggu dulu dan korang akan diberi tarikh untuk sidang kedua) Bagi yang nak buat iklan tu boleh rujuk maklumat bawah ni ye, so far iklan dia paling murah dari paper yang lain.
Untuk iklan boleh whatsapp nombor staff mereka SINAR HARIAN (019-2673431) harga dikena RM79.50 untuk sehari. Korang bayar untuk sehari pun dah ok, nanti staff dia akan beri tarikh bila dia akan proses.
Ok berbalik kepada kisah biyyie tadi, untuk dapatkan surat perintah bertulis ni akan ambik masa selama 14 hari berkerja tau. WHAT? ye memang macam tu, kenapa? korang taknak tunggu ke? buat lah surat rayuan dan beritahu sebab korang nak cepat2 surat tu. Hantar surat rayuan di kaunter, surat rayuan tu tulis macam hantar surat rasmi ye, jangan macam hantar surat kat kawan pulak. Macam biyyie ambik masa 6 hari untuk dapat surat perintah bertulis tu sebab biyyie bagi surat rayuan, kawan biyyie pulak memang total tunggu 14 hari sebab dia tak hantar surat rayuan dan dia tak tahu pun boleh hantar surat rayuan tu. Staff MRS tak akan call korang ye untuk beritahu surat dah siap, tapi korang rajin2 lah call mereka dan tanya bila boleh siap, bila boleh ambik. Gigih kan biyyie ni nak kahwin, kalau time belajar gigih mcm ni mesti dekan~ ehh.
Nanti bila dah dapat surat perintah bertulis wali hakim tu, boleh lah korang pergi ke PAID semula dan submit. Yeay~ dah boleh kahwin.
Biyyie harap korang faham penulisan biyyie yang serabut ni dan dapat memudahkan urusan korang untuk proses menggunakan wali hakim ni. Kita nak buat benda baik, In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan.
Apa2 boleh tanya biyyie ok. bye bye~
assalamualaikum, boleh tak nak tengok surat rayuan tu?
BalasPadamAslm biyyie nk tnya kos nk urusk
BalasPadamnikah semua berapa ye ?
Maaf tanya,boleh tunjukkan contoh surat tu tak? Rayuan tu
BalasPadamAsslamualaim nk Tanya .. seorang ank tak sah taraf lelaki boleh tak menjadi wali tuk menikahkan anak perempuannya.
BalasPadamKalau anak tu diperoleh melalui jalan pernikahan, dia boleh walikan anaknya walaupun dia anak tak sah taraf. Wallahua'lam.
PadamMacam mana kalau mahkamah call suruh kita pergi sorang dulu jgn bawa saksi?
BalasPadamSalam sis, boleh saya dapatkan rujukan daripada sis mengenai Surat Rayuan tu? Macam mana nak chat sis ye?
BalasPadamSaya dah pergola seorang.makamah shrug baya ibu dan pemohon.saya Risau majlis minggu Depan.makamah asylum tunda.berapa lama proses untuk selesai
BalasPadamBerapa lama proses makamah untuk selesai.majlis minggu depan.takut tak sempat
BalasPadamAssalamualaikum biyyie, boleh tak nak tengok contoh surat rayuan tu?
PadamSalam, untuk hantar dekat kaunter?kaunter apa ya?
BalasPadamMaaf bertanya dalam tempoh 14hari menunggu surat perintah tu hari bekerja..tak termasuk hari cuti raya..macam tu ke?maaf sy bertanya..
BalasPadamAssalamualaikum..nak tnya dalam menunggu tempoh 14 hari bekerja tu..tak termasuk cuti raya ke?
BalasPadamassalamualaikum hai , mmng kena 2 saksi ke , kalau bawa satu saja diterima tak ?
BalasPadamAssalamualaikum biyyie.. mcm mana nak chat biyyie ye? saya ada byk soalan nak tanya biyyie..š¢
BalasPadamsaya dah bicara kelmarin , dan hakim cakap di luluskan . dan ambil surat perintah minggu depan . jadi dah lulus ke ?
BalasPadamhi nk tanya amik msa lama tak untuk mohon wali hakim? syaa nikah 1/10.esok baru nk try walk in di mahkamah š„²
PadamSalam nak tanya, kalau wali kita tidak solat dan pernah bertindik. Perlu ke mohon wali hakim?
BalasPadamAsalammualaikum maaf bertanya apa yang diterangkan ni khas untuk bakal pengantin perempuan ke atau waktu berbicara tu bakal pengantin lelaki kena ada sekali
BalasPadambiey surat rayuan tu hntr ke jawi atau mahkamah?
BalasPadamAssalam, nak tanya kes wali hakim ni selalu berlaku berapa lama..? Jika wali tdk hadir mahkamah sudah melebihi 5x patut berlaku ke..? Sedangkan bakal pengantin telah cukup syarat utk menjadi suami isteri.
BalasPadamBolehkah guna wali hakim dengan asbab wali nasab jauh 2 marhalah?
BalasPadamassalammualaikum biyyie, bole tlg x ? sy msih kurang fhm utk permohonan wali hakim ni sbb sy dn psgn dua² org sabah , so x fhm sgt dgn sistem kt selangor ... sabah masih manual
BalasPadamMacam mana nk dapat kan wali hakim/raja
BalasPadamAssalamualaikum kak .. boleh tak nak tengok surat rayuan tu macam mana ? Saya tak pandai sangat la
BalasPadamsalam…boleh tunjuk contoh utk surat rayuan tu mcm mana?
BalasPadamMcm sy hakim sruh ambil surat perintah.cuma nk tau. Lepas dari ambil surt tu.. ke pjabat agama utk tetapkn tarikh atau mcm mn...
BalasPadamYg jenis dh tkberkeluarga dan tidak jgk membesar dgn keluarga angkat blh ke Klau kita bwak kwan sebagai saksi utk kita?
BalasPadamBole saya tgk surat rayuan ?
BalasPadamhi klau xpernh jumpa ayah kndung first kena buat apa dulu . boleh terus minta wali ghaib ke?
BalasPadamBlh bgtau cara buat surat rayuan tak?
BalasPadam